Saturday, April 26, 2008

Kerana Aku Bukan Yang Dahulu

Hari ini jika kalian nampak seorg aku duduk termanggu merenung kaki bangku yang entah telah berapa lama dipaku di situ, itu bukanlah AKU. Aku yang dulu seorang yang lemah tapi aku masih mampu menyembunyikan kedukaanku, masih mampu menyelindungi kesengsaraanku di balik senyuman kelat.
Aku yang sebenarnya tidak mampu hidup bagai seekor iguana; boleh menukar warna mengikut situasi dan kondisi tanpa konfrantasi. Jika pun dulu aku seorg yang lemah tapi aku mempunyai jiwa yang perkasa. Aku punya cita-cita besar malah lebih gah dari apa yang terjangkau oleh akal manusia. Aku sentiasa ingat kata-kata ayah... Biar kita nampak kecil tapi mempunyai jiwa yang besar. Biar kita sengsara bagaimanapun tapi kita jgn sekali mempamerkan kesengsaraan kita di mata org lain kerana itu akan dijadikan sebagai 'stok penimbal' oleh pihak lain untuk menjatuhkan kita suatu ketika nanti.
Hari ini aku rasa aku sudah kalah! Keadaan berjaya mengalahkan aku dengan suatu dugaan yang terlalu hebat. Aku menangis lagi entah untuk kali yang ke berapa. Hari ini mata hati ku turut pecah antara gemuruh tangis dan doa; pertanda berakhir sebuah kehidupan dan keyakinan. ikuti kesudahan siri Out Of The Box - Novel 'KERANA AKU BUKAN YANG DULU' Ogos 2008.

No comments: