Thursday, August 09, 2007
Not because of all our classes have been conducted in whole faculty , doesnt mean we are looking like a bunch of a smart school student with a thumb drive… although sometime we do joke about it…
Talk about virus, the attack is unbearable… especially the brontok… but i dont have the admin or root password to do something about it as i usually did in my previous school… just for displaying the powerpoint notes, i think i can live with the extremely slow computer in the class . I don't like Mr. David's laptop or UKM's pc. They don't know how to managed their file n folder. They also don't know that their latop n pc is 'house of virus'
I hope, thing will changed… yes, i still have 2 more years to go… wow biru mata hitamku.
Ku Titip Rindu Buatmu
Ku Titip Rindu Buatmu
(setiap kali pilihanraya tiba)
Tuan…
Demikian mudahnya tuan menabur janji
Seperti menabur hampa padi
Ke muka tanah yang kontang
Apakah itu suatu tradisi
Berjanji untuk dimungkiri?
Tuan…
Tidak sekali meraih simpati
Kalau sudah itu kewajiban tuan
Cuma yang kami rindukan
…sebuah kebenaran…
yang tuan selindungkan dan kelirukan
Tuan…
Tuan kepada kami umpama pohon rendang
Di bawahnya kami menumpang teduh
Tetapi apalah ertinya
Jika pucuk saja menjulang
Sedang akar di tanah mencakar kekeringan
Tuan…
Rasanya kami punya hak
Untuk bersuara
Untuk merealisasikan janji tuan
Demi kebaikan sebuah daerah
Yang sama-sama kita cintai
Tuan…
Setiap kali pilihanraya tiba
Telah kami fahami nilai pangkah
Dan kami maklumi sinonim manifestomu.
- 18 Sept 2006
-
Ari tok ok. Awal pagi bukan main bsemangat lg kmk org nak ikut assmbl. Kertas lirik lagu pake koir dah diedar. Apa lg mek 2 Su Li Na, dgn pnuh perasaan belagu Puteri Santubong. Tup2 ada pengumuman madah sik jd assmbl. Cehh... buang masa jak. Apa gik? berambuslah dr dewan ya. Dalam begaut nak kuar dewan, aik bekal Su Li Na tumpah dalam beg. Abis basah bup ngan notanya. Aku apa gik, gago,kejerun nak nolong nya. Lekak ya masuk kuliah. Sorng nangar muka sorang, jam dah lebih kul 8, pensyarah sik nampak batang idung lg. Dah kepak nyawa nunggu, ngecol juak pensyarah depan muka pintu. Mulelah gago nak bcarik nota(bukan aku, org lain lah yer) Kuliah nak per nama tok, jap buak ppt jap beloyar. Aku tok mun masa kuliah aku mauk pensyarah ya merik nota siap ngan penerangan bukan nak nengar loyar buruknya. Sama pe'il ngan TV1 byk ke iklan sikit jak isik.
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku diIsyraqkan..: Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
- October 10, 2006 - 8.05mlm
-
"Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim"Kita Ini Tetamu Senja
(buat diriku yg terlupa)Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat

KECIPAK air di bendang menyaksikan lenggok gemalai tarian anak keli. Dalam cetek lumpur pekat dengan cungapan yang tipis mengundang kemungkinan penuh dugaan. Tiada jalan pintas untuk lepas dari kelodak pekat. Tiada lohong rahsia merentasi permatang. Keluhan kesal anak keli hanya kedengaran bagai percikan lumpur yang sesekali menempel di tebing permatang.
’Aku mesti keluar dari sini’. Sekuat tenaga anak keli mengetap bibirnya melanggar tebing permatang. Namun tidak bolos juga. Pekatan lumpur membatasi kudrat yang tersisa. Cungapan anak keli semakin lemah. Walau digagahinya usaha membenahi tebing namun sia-sia. Muncung anak keli terjeluih bagai kuntuman kelopak teratai di tengah kolam. Fikirannya kalut memikirkan usaha yang tiada titik sudahnya.
’Jika aku tidak keluar dari sini segera, esok atau lusa aku akan mati juga. Tubuhku akan disiat-siat oleh sepit-sepit ketam yang serakah yang sememangnya dari semalam geram melihat kelibatku. Pagi tadi entah beberapa kali ketam-ketam itu cuba mendekatiku’.
(apakah mesej cerita ini)
Hidup tidak seindah yang diimpikan. Kadang kala kita menangis dalam gelak ketawa dan kita tersenyum dalam kesedihan. Namun ada kala juga kita rasa sunyi dalam keriuhan. Bila kita rasa diri kita bertuah, kita tidak sedar bahawa kita adalah yang termalang dalam kumpulan bertuah tadi dan bila kita rasa kita malang, kita lupa bahawa kitalah yang paling bertuah dari kumpulan malang itu. Jadi mengapa harus menyalahkan takdir? Bersyukurlah dengan apa yang kita perolehi hari ini dan pergunakannya untuk kesejahteraan esok.