Thursday, August 09, 2007

Hidup tidak seindah yang diimpikan. Kadang kala kita menangis dalam gelak ketawa dan kita tersenyum dalam kesedihan. Namun ada kala juga kita rasa sunyi dalam keriuhan. Bila kita rasa diri kita bertuah, kita tidak sedar bahawa kita adalah yang termalang dalam kumpulan bertuah tadi dan bila kita rasa kita malang, kita lupa bahawa kitalah yang paling bertuah dari kumpulan malang itu. Jadi mengapa harus menyalahkan takdir? Bersyukurlah dengan apa yang kita perolehi hari ini dan pergunakannya untuk kesejahteraan esok.

No comments: